Bismillah..
harini 2/2/2015 merupakan hari ulangtahun perkahwinan yang pertama. wow! tapi bukan aku. perkahwinan my one and only beloved sister la. actually semalam. sebab depa nikah on 1st february. majlis walimah je on 2nd feb. but its okay sebab semalam aku busy gilaaa berkampung kat Dewan Sri Pinang menghadiri simposium baitul muslim. ok nanti if ada masa aku akan share pasal simposium tu ye. :)
so entri kali ni aku nak share pasal apa yang terjadi setahun yang lepas. enjoy all the gambarss gambarsss. hihi. sebelum terlupa. aku panggil abang ipar awie tu paksu. takut salah paham kan. dia bukan pakcik aku pun. cuma sbb dia bongsu so semua pun terikut panggil paksu. hihi
tadaaaaaaaaa! pengantin perempuan dah siap. hihi. akak ketaq sebenarnya tu hahaha :p
nah ni dia muka ketaq, debor, nevess segala alam perasaan aku tengok muka paksu. yela nak nikah woii sape tak debor. its all about responsibility. :)
Alhamdulillah dengan sekali lafaz je. selamat! haha. mujur nama pendek pendek je and senang nak hafal.
for the first time in forever~~ lalala teringat lagu frozen jap. kihkih
and ofkos lepas siap tu terus salam mak abah. dua insan yang paling dicintai. acewahhh! kekeke. baju melayu kuning tu abah dan yang bertudung oren sebelah tu mak. guest what? abah la yang paling nangis that time. mak chill je watlek watcool watpis. mak memang sempoi! abah ni special sikek. hihi. and yang baju biru bertudung brownish maroon tu mak paksu ye :)
bila tgk gambar ni aku mesti confius nak sedih or nak gelak. muka sebek je. kahkah. sebab aku nangis tu. masa depa nikah aku duduk dalam bilik. aku tak mau dengar sebab nanti makin lebat aku nangis. at the end kena la keluar jugak. Tuhan je tahu perasaan masa tu. :)
and this is paksu's pak uda a.k.a wakil ayah pihak lelaki. sebab paksu cuma tinggal mak je a.k.a mak jah (ni panggilan aku kat mak paksu. haha)
dan ini mas kahwin sebanyak RM 22.50. seutas gelang tangan. cek tu aku xpasti la pasaipa. kahkah. dan jam tu terselit situ jugak. maybe sebab tak muat hantaran i guess.
macam dah panjang pulak rasanya entri ni. hahahaha. sebelum tu, nikah ni on friday around lepas solat jumaat gitu. sebelah malam pula ada tahlil doa selamat and malam berinai.
jangan tanya aku pasal malam berinai ni hahaha. masa nikah ni kami decide baju pengantin warna putih and family kami warna kuning. saje nak kasi lain sikek. biar naik warna kihkih. jom enjoy gambarsss lagi.
yeah! malam berinai yang dipengurusimajliskan oleh abang fer. maaf bm aku teruk sikit. ngeeee.. this is abang fer and his wife, kak maryam. and the babyyyyy, ahmad fateh ayyash. sekarang ayyash dah besar tak lama lagi pandai jalan dah yay!
dah panjang cerita. baru nak perkenalkan family. ni dia keluarga kecil kami. tiga beradik aje. huhu. mak abah's precious. gittew! untuk malam ni tema family biru turqoise. and baju pengantin pink tu aku yang pilih! the end nyesal sebab rupanya warna tu tenggelam dek cahaya lampu. sobsss.. aku pilih yang tu sebab warna dia pastel too soft rasa lemah lembut gemalai. kahkah. aku ni pencinta pastel kay!
diperkenalkan pengapit pengantin. cik adik manis jannah yang aku import khas untuk jadi pengapit. and very veryyy sori kepada pihak lelaki sebab misscomunication pasal pengapit waktu malam ni. hangpa jangan pelik pengapit lelaki tu pakai sempoi selamber je sarung apa yang ada. muehehe
habis malam berinai ingat boleh tidoq ka? seriusly banyak benda nak kena settle dan aku sorang je beradik perempuan. memang aku mengaku nak buat majlis kena ada persediaan mental dan fizikal. malam tu entah berapa pagi aku tidur. badan toksah kata cemana, takde rasa dah. haha. demi seorang kakak tercinta dunia akhirat Lillahi ta'ala. mihmihmih. so last majlis on 2nd feb. majlis malimah izaya & awie :)
tadaaaaaaaaa! Alhamdulillah. everything going well. tema khemah akak pilih warna pink peach. sesungguhnya kami memang pencinta pastel. lagi lagi aku. memang meltingggg kalau jumpa benda berwarna pastel. pastelicious!
inilah ahli rombongan pihak lelaki. even jauh dari penang. entah berapa van. pastu kereta lagi berapa bijik tah. yang dari kl and melaka lagi. ada yang around johor juga. kira ramailah jugak rombongan pihak sebelah. terima kasih sangat sudi datang walaupun jauh. :)
ini pula pihak kami sebelah mak. ini cuma sebahagian saja. masih ramai lagi sebenarnya. Alhamdulillah seronok sangat dapat kumpul reramai camni. dan aku suka baju tema family besar warna biru pink tu. kombinasi warna yang cantik!
ustaz nasir! masih single. interested? pm me. hahahahaharr.. anak angkat mak, adik angkat akak.
kami! mok jann and mok shir. mihmihmih.
again! tema kali ni warna pastel peach. kan aku dah kata pencinta pastel. segala nak pastel.
last but not least. letih jugak weh entri panjang ni. even gambar jeee. hahahaha. tadaaa! my kesayangan jugak ni. kihkih. bukan pakwe aku, bukan bakal suami, bukan tunang, bukan suami. dia abang aku. entah aku rasa sayang sangat gambar ni. sebab kami ni susah nak bergambar sesama. abang super duper pemalu. kahkah.
itulah serba serbi majlis walimah izaya & awie yang aku mampu throwback. banyak lagi nak share sebenarnya. dari segi persiapan. duit, makanan, baju, segala alam bagai. pelamin tu kami amik dari floral bridal. seriuslyyy harga yang very affordable. kenapa? sebab termasuk pelamin, dj, kompang, photographer, hias bilik, baju 5 pasang wehhh, kek 3 tingkat, khemah 7 biji siap bagi free kemah masak, make up pun dia jugak. semua dalam 1. memang sangat puas hati. tapi sekarang dah 2015 im sure harga naik lagi plus gst. kehkeh. but sesiapa nak tahu lebih lanjut boleh pm.
izaya,
kau satu satunya kakak yang aku ada. yang aku sayang Lillahi ta'ala. tahniah dah setahun jadi isteri orang. masih muda di alam perkahwinan. semoga dikurniakan kekuatan dalam melalui alam rumahtangga. be a solehah wife to your husband. suka aku ingatkan, syurga isteri dibawah tapak kaki suami! walaupun sekarang aku kena share kau dengan paksu (ayat mcm tak rela je. haha) but i want u to know that anything that makes u happy then im happy. satu ayat yang dulu aku pegang, 'akak milik semua orang. bukan milik aku sorang. aku kena belajar dlm perubahan fasa hidup. apa pun jadi but when seseorang tu nak bina masjid, kita kena tolong. Lillahi ta'ala. mudah mudahan Allah pandang usaha dalam bantu orang bina masjid.' dan semoga dikurniakan cahaya mata yang comel gebu gebasss.hihihi
paksu,
thanks a million sebab jadi super duper awesome abang ipar. dulu aku selalu fikir agak agak akak ni kawin dengan siapa. cemana lah perangai abang ipar aku nanti. now im realize that Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. paksu yang sangat baik sangat caringgggg. serius aku tak sangka Allah akan kurniakan abang ipar yang camni. terima kasih Allah. tahniah paksu dah setahun menjadi ahli keluarga kami yang sah. hehehe. harap paksu bersabar dengan karenah adik yang gedikss manjaaa mengadaaa hangin tak tentu pasal emosi terabur ni. kahkah.
to both of you, happy 1st annivesary! semoga Allah berkati dan melahirkan keluarga sakinah mawaddah warahmah. :)