Wednesday, 28 January 2015
buat warga pendidik
Bismillah..
just a short update. acah acah busy buat final year project (fyp). kihkih. hah tengok tajuk macam berangin je kan. haha chill chill. takde kaitan dengan hal personal aku kay! so aku nak sentuh satu benda je kali ni.
--surat terbuka buat warga pendidik--
wahai sekalian warga pendidik. bermula dari kecil, guru tadika, sekolah rendah dan menengah, pensyarah pensyarah. hatta guru sekolah memandu sekalipun. juga yang menjadi pendidik secara tidak langsung.
sudah pasti anda dihormati, disegani, disanjungi atas keupayaan dan kehebatan anda dalam mendidik anak bangsa.
tidak aku nafikan, golongan ini juga manusia biasa. ada naik turunnya. oleh itu, wajar bagi mereka untuk mempunyai sifat yang lebih baik supaya menjadi teladan dan ikutan oleh yang lain.
its all about MANNERS!!!
golongan yang dididik itu juga manusia biasa. berbagai bagai pesen. pelbagai ragam. banyak keletah. anda seharusnya lebih bijak dalam mengendalikan mereka. apatah lagi bila berhadapan perkara yang tidak diingini (perkara yang menguji kesabaran tahap lemon!) bukan lah sekadar hentam semberono saja. kita ada adab kan? :)
jadilah warga pendidik Lillahi ta'ala.
jangan marah anak murid macam hentam batu kayu tunggul. apatah lagi dihadapan orang ramai sekeliling. walaupun mereka salah, namun mereka juga ada air muka beb! kita ada cara. kita ada adab. slow talk lah. personal. face to face. berbagai lagi.
semoga Allah berkati mu wahai warga pendidik sekalian!
p/s : tak sedar diri dah 22 tahun. how time flies. tsk tsk.

