Sunday, 29 September 2013
wedding Ferdaus & Maryam ;)
Bismillah..
syukur hidup lagi blog aku ni. terkejut tak??? haha.. nak kata busy sangat tu tak la. cuma sekadar membantu persiapan untuk majlis abang aku. dari sini jugak aku banyak belajar. hidup ni tak semudah sekadar melontarkan kata-kata je. banyak lagi jalan yang perlu ditempuhi. yang mana jalan tu kita tak tau akan dapat pelangi atau hujan ribut petir.
apa pun syukur Alhamdulillah abang fer selamat dinikahkan bersama zaujahnya. rasa macam selebet pulak. dah almost sebulan majlis baru nak update entry. haha. suka hati aku la kan. THIS IS MINE! muehehehe. comel kan kak ipar aku? *bangga sekejap* hahaha
maka berkumandanglah lagu maher zain tu. hee. moga Allah berkati dah mudahkan urusan depa. :)
act aku tak dan nak copy pic time majlis rumah abang. so yg ada kat aku cuma majlis belah kak maryam je. and this wif le family~
satu lagi. mana tak semputnya. majlis sebelah lelaki kat rumah abang tarikh dia sehari sebelum aku start new sem. rumah macam apa toksah cakap la kann. even bukan buat kat rumah aku. hahaha. palingggg tak boleh tahan on that day, depa takde pengapit pun. "dik cpt jadi pengapit aku" then aku tercengang, "haaaaaaa?". lantas macam lipas tak berapa nak kudung aku bersiap. and this is, FIRST TIME AKU JADI PENGAPIT. noted that! *amik feel gittuw!* kehkeh.
habis je berkepit-kepit dengan kipas pengantin yg besarr gabak tu. makan rasa tak jatuh ke perut bak kata mak. yela sebab tengah penat kan. tp ayam dia sodappp wooo! hee. palinggg sedih dapat amik 1 gambar je kat pelamin. tu pun kat kamera cameramen. cis!nanti la if dah copy gambar aku share. balik rumah terus siap nak shoot ke penang. even aku rasa macam tak buat apa pun sgt. tp penat dia fuh fuhh.
namun itu bukanlah penyesalan. bahkan bersyukur sangat dan super duper happy! tambah ahli jemaah. hee
then next! my sister punya wedding pulak end of this sem. doakan dipermudahkan urusan kami semua :) insyaAllah.
pokok pangkalnya. berbalik pada yang Maha Kuasa. syukur ya Rabb! :)
nantikan episod aku pulak. ehhh! hikhik :p
Friday, 5 April 2013
Nikmat juga Ujian
Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad salallahualaihi wassalam ( صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد ).
di saat insan lain sibuk bersiap untuk pulang bercuti bersama insan yang paling dicintai dalam hidup ini, aku rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu.. moga entri ini memberi manfaat kepada si pembaca.. kerana sesungguhnya bukan jari aku sahaja yang rancak menari-nari menaip, malah yang berada di kiri dan kanan bahu ini juga.. INGAT TU!
sahabat-sahabat yang dikasihi Allah lagi disayangi Nabi,
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(An-Nahl:108)
Subhanallah.. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! sedarkah kita betapa banyak nikmat dan rezeki yang Allah bagi? yang paling utama iaitu nikmat IMAN dan ISLAM. ya Allah banyaknyaaaaa tak terkira baq ang! betapa sayangnya Allah pada kita. tapi apa yang kita balas pada Dia?? ayuh kita renung kembali diri kita pada sejak diciptakan hingga ke saat ini.agak2 berapa ratio kita bersyukur:merungut? sila jawab dalam hati awak yg cantik tu cukup :)
SEE! Allah takkan uji kita dengan ujian yang kita tak mampu hadapi. kawan-kawan, mari kita saling mengingati bahawa bukan dugaan saja ujian, nikmat juga ujian. Allah nak lihat sejauh mana kita menghadapi ujian godaan nikmat tersebut.apa bukti? ni bukti dia
Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.(Al-'Aadiyaat:6)
berdoalah semoga kita tak tergolong dalam kalangan orang-orang yang tidak bersyukur.Dia yang Maha Mengetahui segalanya.Janji Allah itu pasti.
kawan, sudah sudah la merungut. bukan aku tak pernah rasa apa kau rasa tapi kau tidak perasan yang aku tak selesa dengan kata-kata rungutan kau tu. setiap yang berlaku mesti ada sebab dan hikmahNya. YAKIN!
Moga Allah redha persahabatan kita :)
ukhuwah fillah abadan abada ^_~
Sunday, 17 February 2013
MARI BERCINTA ~
first of ollssss. Alhamdulillah! Syukur lillah! terima kasih ya Rabb!
kerana memberi peluang bernafas hingga ke saat ini. :)
sebelum masuk tajuk sebenar tuu. kita mukadimah sikit. sikittt je okehh! 1 sem telah berlalu... berbagai macam jenis (kalau amik bm ni xtau pass ke tak. haha) pengajaran aku dapar pelajari. dari buruk ke baik.. dari rendah ke tinggi.. dari xbest ke bestt.. dari mata turun ke hati.. eh? haha. last tu tipu okeh! cerita pasal result pulak, Alhamdulillah sebanyak tu dpt, segitu Allah bagi.. sangka baik dgn Dia ye. ada sebabnya kenapa dia bg kte sikit-sikit supaya lama-lama jadi bukit. bajet mcm ayat penyedap hati kan? tapi inilah realitinya.. cuba kita renung sejenak, if Allah bg kita papp! terus kat puncak teratas, kelak mungkin kita riak, bangga diri, malah kalau silap berdiri akan jatuh tersungkur menyembah bumi. Naudzubillah!
la tahzan.. Allah tahu segalanya. jgn sesekali lupa Dia. mohon apa saja pada Dia. in shaa Allah, Dia ada bantu saya, kamu, dan kita semua. :)
so hari ini mari kita turn the page! yeahhh!! semangat semangat. disebabkan sem ni subjek yg aku ambil lebih tough dari sem lepas, aku harus lebih semangat! dan juga lebih tough. eh? haha. apa pun mulakan dengan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. then next step, barulah mari kita bercinta di taman-taman ilmu yang indah lg permai serta saujana. hahaha.. kepada yg tak dapat cintaku harap bersabar ye, aku perlu dahulukan mencintai buku dan ilmu ini. lulz!
# 1st day.sem 2.USM
# tahniah buat my little sista! ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)




