ketika diri mencari sinar
secebis cahaya menerangi laluan
ada kalanya langkahku tersasar
tersungkur di lembah kegelapan
deringan telefon bimbit dari lagu Sebuah Pertemuan nyanyian UNIC mengejutkan Iman dari lamunannya. panggilan dari kakaknya yang tertera segera dijawab. Setelah telefon diletak semula ke atas meja, Iman kembali memikirkan hal yang tadi. Hal yang menghantui semua insan yang berada dalam lingkungan umurnya iaitu tentang jodoh.
bukan Iman tidak mahu memikirkan langsung tentang itu. namun pengalaman yang lalu memberi pengajaran dalam hidup Iman agar berhati-hati memilih sahabat, inikan pula pasangan hidup.
"Imann meh makan!!", jerit mak dari dapur. sekadar memenuhi panggilan seorang ibu, Iman menemani mak makan. sedang leka menikmati hidangan, mak mula bersuara.
"Iman kalau boleh jangan cari calon jauh-jauh. sudahlah akak dapat suami jauh. Iman pun nak tinggalkan mak jugak ke?", duhh! soalan tentang ini lagi. Iman menghadiahkan senyuman sinis.
"tak lah mak. orang nak cari yang dekat dekat je. kalau dapat yang dekat betul tu, Alhamdulillah. Iman nak buat majlis sekali je. nak mudahkan semua orang", bukan main Iman memberi jawapan yang penuh harapan walaupun tak ada apa apa jaminan.
"kalau boleh carilah yang kukuh ekonominya. kamu tahu sajalah dunia sekarang ni macam mana", tambah mak lagi.
"betul mak, ekonomi tu penting. takde duit memang tak boleh hidup. tapi Iman nak cari yang solat lima waktunya di masjid. mak tolonglah ye. kalau ada calon bagitahu la", Iman cuba menyampaikan hasrat hatinya. itu juga salah satu ciri lelaki idamannya.
mendengarkan hal itu, pak lang menyampuk, "kuat agama tapi takde kerja susah jugak. duduk masjid je, sape nak bagi duit."
berdesing telinga Iman mendengar komen itu, lantas menjawab, "paklang, maksud saya adalah lelaki tersebut tunaikan solat 5 waktu tu di masjid. kalau 5 waktu solat ni dia boleh jaga dengan baik, InsyaAllah Iman yakin, dia pasti ada pekerjaan yang baik juga. tapi kalau 5 waktu ni pun tak terjaga..hmm.. fikirlah macam mana dia nak jaga anak dara orang"
jawapan berserta huraian yang membuat pak lang terdiam, Iman lihat air muka jernih dari wajah ibunya. Iman sekadar tersenyum dan menyambung dan kenyit mata "so kalau ada calon bagitahu ye".
begitulah kehidupan manusia. tidak terlepas dari persoalan dunia. Iman masih tetap dengan prinsipnya. selagi tidak memenuhi kriteria yang diinginkan, sukar untuknya membuat pilihan. biar pun beberapa kali digelar seorang yang sangat memilih. bagi Iman, dia juga berhak untuk memilih dan dia memilih kerana Dia, bukan suka suka.
*****
"perkahwinan itu kasih sayang dan ketenangan"
Iman membelek mesej dari seorang sahabat merangkap seorang kakak. begitu halus nasihat yang diberikan. "baru kenal saja sudah tidak tenang. ahh lupakan saja!", getus hati Iman. sebolehnya Iman mahu melupakan perkara yang memberi tekanan kepadanya. lantas sebuah senyuman terukir dibibir gadis itu ibarat memperoleh sebuah kekuatan yang baru.
dalam hal ini, Iman turut meminta pendapat dari salah seorang naqibahnya, merangkap sahabat sekuliah. katanya, "sebelum buat keputusan untuk pilih pasangan, check fikrah. sama tak dengan kita. kalau sehaluan Alhamdulillah. kalau tak, lebih baik cari yang se-fikrah. sebab saya sayang awak dan saya nak awak kekal dalam dakwah dan tarbiah (DnT) walaupun selepas kahwin."
mesej yang sarat dengan nasihat dan peringatan itu cukup membuat Iman terkesima. ah rindunya bulatan gembira dengan sahabat sahabat syurga! Sumayyah Nur Iman terbayangkan wajah wajah suci sahabat bulatan gembiranya serta naqibah yang ohsem (Vector Dakwah, Fastabiqul khairat, Smart circle, sahabat Pembina) sebelum terlena...zzz...
p/s: cerita yang telah diolah semula. tiada kaitan antara yang hidup dan yang telah tiada. ^.~

