Monday, 7 April 2014

saat langit menangis.


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

syukur Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas hingga ke saat ini. hampir 7 bulan aku 'berehat' dari blog ni. namun, senyap tak semestinya mati dan bising tak semestinya hidup.

syukur juga dah selamat majlis walimah kak yaya dan majlis bertandang di pihak lelaki. insyaAllah next entry aku share bout dat. entah bila tu aku tak janji. haha. so nak cerita apa ni sebenarnya? letsss cekidout! ^_~

as we all know, berita yang menggemparkan dunia. selain tentang hukuman mati 529 ahli Ikhwanul Muslimin, iaitu tetang MH370. sebulan dah berlalu namun masih tiada jawapan. hanya Allah yang tahu. Dia yang menguasai langit dan bumi. ada apa dengan MH370? aku bukan nak terangkan teori aku ye. jangan salah faham!

since naik sem bulan 2 hari tu, aku tak pernah balik umah sebab bulan 3 ada majlis kat perak. so deme kata tak payah balik. sobs! tetiba muncul berita pesawat hilang. ekceli sem ni first time aku tak balik langsung start sem sampai midsem. hiks. nampak manja sangat. nak dijadikan ceghitaa. aku ni mudah trauma. hati ni rasa semacam jeee. namun digagahi jua dengan cas-cas positif. jyeahhh! haha

baru-baru ni balik midsem sensorang lagi. walhal selama ni pun memang sokmo terbang sorang. even aku ni kecik, chill je ah. tiap kali naik kapal memang la nebes. doa tak benti. tapi kali ni. lepas je start terbang, penang hujan selebat tidak. (abang yang cerita ). aku assume mendung biasa. dulu pernah terbang dalam mendung. Allah je yang tahu rasanya. tapi sangkaan ku melesettt! kali ni super horror!!! bukan setakat mendung, hujan dan kilat pun!

kalau balik sorang, aku memang suka pilih seat tepi tingkap. senang nak berangan! muehehehe. first, aku dah pelik sebab anak kapai ni tak jual-jual makanan. even lampu pun tak buka lagi. means kapai masih tak stabil. tetiba jeee... jeng jeng jeng... kapal bergoyang/bergoncang yang superrrr. sampai kami penumpang melambung macam naik kereta. tapi ni kapai kot. ataih awan. and at the same time, nampak kilat kat hujung sayap kapai. Ya Allah tak terungkap perasaan masa tu. sungguh! kalau ajal aku sampai saat itu.. ya Allah.. :'( aku dengar mamat sebelah mengucap siap dah. kami berada dalam situasi camtu almost 20 minutes. aku rasa macam 20 jam! teringat pulak kat si MH370. Allah yang memiliki hati ini. Kau saja tahu apa didalamnya.

mujur lepas tu takde hujan dah. syukur Alhamdulillah mendarat dengan selamat. masih berpeluang lihat wajah bonda, ayahanda dan keluarga tercinta. masih diberi peluang untuk hidup. terima kasih Allah.


semalam tengok tv pasal MH370. tetiba mak berbisik lembut, 'mak tak boleh bayang kalau anak mak atau menantu mak yang dalam kapal tu. yela korang kan selalu naik kapal'. Allahu menitis air mata dalam hati sebab aku tak nak mak risau.

trauma itu tetap ada ibarat luka yang meninggalkan parut. namun hidup tetap perlu diteruskan. ajal maut tu di tangan Dia. kita sebagai manusia perlu ambil ibrah setiap apa yang berlaku. pasti ada hikmahnya. redha pada ketentuanNya. sekian. wassalam. ^_^