Tuesday, 9 December 2014
21st birthday
Bismillah...
Dengan nama Allah Maha Pengasih Maha penyayang. Syukur atas nikmat dan rezeki dari Dia yang Maha Kaya. Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas hingga ke saat ini.
Kite throwback sikik yew. Hihi. Almaklum la baru lepas menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 21 pada 30 november yang lepas. Alhamdulillah syukur gembira excited. Terima kasih Allah, terima kasih family, terima kasih sahabat sahabat, atas ucapan tanda ingatan dan juga doa dari kamu semua. Moga keberkatan dan rahmat Dia bersama kamu jua. Emm ape perasaan ye bila masuk kelab 20-an ni? Ofkos la paling famous semestinya bab KAHWIN! Kekeke.. takpe kite hold dulu ye bab tu. Hihi *malu nyorok muka dalam bantal*
Ok serius. Benda paling utama sekali apa? Ce teka ce teka. Hahaha.. jawapannya adalah kau jangan sesekali lupa bila bertambahnya umur seseorang bermaksud dia semakin hampir dengan kematian. But remember guys, tak semestinya mati bila tua je kay! Ajal pun rahsia Dia. Sama macam jodoh. Kite tak tau bila masanya, bagaimana keadaannya.. so now ade rasa sentap x? Kohkoh
Jadi jom muhasabah sesame jap! Sejak aku dilahirkan hingga ke saat ini melihat dunia, berapa banyak kebaikan dan kejahatan/keburukan yg dah dibuat. Kalau rajin try la buat list with two tables of that thing. Jawapannya? Allahurabbi malu tau. Malu dengan Allah, malu dengan diri sendiri. Banyaknya dosaaaaaaaaa!!! Ayuh istighfar sesama. Ayuh bangkit demi Allah. Ayuh berjuang ke jalan Allah. Cubalah walau sekelumit. insyaAllah. Mohon doa supaya diberi kekuatan, cahaya, hidayah, perlindungan dari keburukan dan istiqomah dalam perjuangan. Sesungguhnya jalan itu bukan lah ditaburi mawar mewangi, bukan lah dihamparkan permaidani merah, bukan lah dihiasi permata selamanya.
Dah dah. Kalau sambung lagi takut nanti banjir blog ni satgi. Huhu.. terima kasih juga kepada semua yg bagi hadiah. Segan jugek kite besday dah besar dapat hadiah. Hihi. Kepada yg bagi tudung, paksu beli kek baskin robbin yang sangat sedap, keropi atiqah, ibu bagi selimut, intan bagi tudung lagi, bear and hadiah secara ‘tak langsung’, Alhamdulillah terima kasih!
Nah ni hadiah bear besar depa bagi. Kenapa dalam banyak banyak hadiah, bear ni yang aku nak share?
Tersebutlah al kisah si shahira,
Bear ini adalah bear pertama yang aku dapat dalam hidup aku. Besar gila pulak tu. Kenapa bear pertama? Sebab dari kecik sejak lahir aku memang takde mainan anak patung bear bear segala bagai ni. Mak abah pun tak pernah belikan. Bunyi sedihkan? Tapi aku tak sedih langsung. Kenapa? Sebab aku memang bukan jenis main benda segala bagai alam ni. Memang tak minat. Tak percaya? Dipersilakan tanya family. Memang takde. Kalau ada pun bear free gift dari marrybrown or kfc ke. Hahaha. Aku pun tak tau time kekecik aku main ape. Kohkoh.
So pelik kan shahira ni? Hahaha.. lagipun bagi aku mainan kanak-kanak ni juga salah satu punca pembaziran. Ehem bakal zauj mohon baca ni ye. Kite kena berjimat cermat dalam perbelanjaan rumahtangga kay! Ehem bakal anak-anak ummi mohon baca ni bila awak besar nanti ye. Ummi awak boleh je go through zaman kanak-kanak without toys and all those things, so awak jangan nak demand sangat kay!
Tudia bak hang! Hehe saje je bagi reminder.
Ok ok last reminder. Percaya je kat Allah. Settle. Korang jangan fikir semua yang berlaku tu kebetulan. Semua nya dah tertulis. Kenapa? Dalam aku rancak meluah entry sini, datang seorang bidadari hantar hadiah birthday. Tinggal kat pintu pulak tu. Kekonon sweet lettew! Kehkeh. Terima kasih sahabat. Sahabat yang sentiasa ada dalam jalan juang aku. Lillahi ta’ala, i love you too!
walaupun entry ni dah siap dikarang semalam tapi atas beberapa masalah teknikal, baru sekarang dapat publish. and guess what? aku dapat hadiah lagi beb! phewww.. rezeki dari Allah melalui sahabat sahabat. terima kasih anak anak umi tersayang.
minta maaf hadiah lain takde gambar. heee sori ye!
Last but not least,
Dengan nama Allah, aku sayang mereka.
Saturday, 14 June 2014
bagaimana pula aku?
Bismillah.
Alhamdulillah. petang ni terpanggil untuk update entri baru. before that, hari ni hari ke 16 aku berpantang daripada tweet di twitter. syukur masih mampu bertahan. tak sangka jugak sebenarnya. "kalau tak tahan sangat, peberet or retweet je". Alhamdulillah 16 hari berjaya. :)
oh sebelum itu, sekarang tengah musim peperiksaan. 4 sem sudah. 3 paper sudah. another 3. moga Allah permudahkan urusan.
sedang gigih study, *scroll temlen pesbuk* aku nampak status tentang seorang wanita yang baru meninggal. the point is, this is her second last tweet, one day before dia menemui Ilahi.
ALLAHU AKBAR! can u imagine? mesej yang disampaikan sebelum dia meninggal.
dan aku,
apa yang sudah aku tweet?
apa yang sudah aku retweet?
apa yang sudah aku peberet?
di facebook pulak,
apa yang dah aku share?
apa yang dah aku like?
apa yang dah aku komen?
dan segalanya lah dalam hidup ni,
kalau jakgi ke esok ke bila-bila ke nafas kita berakhir, apakah yang kita tinggalkan? apakah yang akan kita bawa menghadap Ilahi? *lelaju scroll balik, delete apa yang tak patut*
Istighfar! Allah beri dah peluang tu, janganlah enjoy sangat. jalan taubat sentiasa terbuka. nak or tak nak je kan? Allah tu sentiasa ada dengan kita. tapi kita ni yang selalu sombong.
bak kata Shaykh Riad Quarzazi dalam talk beliau semalam yang bertajuk
" FOREVER : A JOURNEY THROUGH HEAVEN AND HELL",
jangan perkecilkan walau sekecil Subhanallah,
jangan perkecilkan walau sekecil Allahu Akbar,
jangan perkecilkan walau sekecil senyuman,
kerana mungkin perkara yang kita buat tu lebih satu jeee dari orang lain, akan buat kita lebih tinggi dari yang lain di syurga Jannah nanti. insyaAllah.
ayuh sama-sama kita gerak di atas jalanNya, cuba walau sikit ya!
sebab Allah sentiasa tahu apa kita usahakan.
biar hina di dunia, semoga tak hina di pandangan Allah.
kerana
kejayaan terindah mardhatillah!
Saturday, 24 May 2014
A SWEET RENDEZVOUS
Bismillah. :)
Alhamdulillah. syukur. first time aku pergi dinner under BIOSOC. dan second time aku pergi dinner sepanjang kat USM ni. first, last sem Majlis Makan Malam Apresiasi Srikandi under MPDS.
A sweet rendezvous??? memang manisssss sangat. depa sweet sesangat dengan tema CANDYLAND !
sebagai insan yang sangat menggilai pastel. sememangnya aku cayyaqqq dengan benda lembut cengginih. meltingggg~~
walaupun one of my bebigels tak dapat join, but nevermind next year insyaAllah kita bertiga ye awek :) apa yang menarik? kami pergi sendiri naik kereta yang dipandu oleh "michelle schumacher". haha. thanks cik adik manis! selain tuuu.... biar gambar berbicara~
withlove,
pastelicious
Monday, 7 April 2014
saat langit menangis.
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
syukur Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas hingga ke saat ini. hampir 7 bulan aku 'berehat' dari blog ni. namun, senyap tak semestinya mati dan bising tak semestinya hidup.
syukur juga dah selamat majlis walimah kak yaya dan majlis bertandang di pihak lelaki. insyaAllah next entry aku share bout dat. entah bila tu aku tak janji. haha. so nak cerita apa ni sebenarnya? letsss cekidout! ^_~
as we all know, berita yang menggemparkan dunia. selain tentang hukuman mati 529 ahli Ikhwanul Muslimin, iaitu tetang MH370. sebulan dah berlalu namun masih tiada jawapan. hanya Allah yang tahu. Dia yang menguasai langit dan bumi. ada apa dengan MH370? aku bukan nak terangkan teori aku ye. jangan salah faham!
since naik sem bulan 2 hari tu, aku tak pernah balik umah sebab bulan 3 ada majlis kat perak. so deme kata tak payah balik. sobs! tetiba muncul berita pesawat hilang. ekceli sem ni first time aku tak balik langsung start sem sampai midsem. hiks.
baru-baru ni balik midsem sensorang lagi. walhal selama ni pun memang sokmo terbang sorang. even aku ni kecik, chill je ah. tiap kali naik kapal memang la nebes. doa tak benti. tapi kali ni. lepas je start terbang, penang hujan selebat tidak. (abang yang cerita ). aku assume mendung biasa. dulu pernah terbang dalam mendung. Allah je yang tahu rasanya. tapi sangkaan ku melesettt! kali ni super horror!!! bukan setakat mendung, hujan dan kilat pun!
kalau balik sorang, aku memang suka pilih seat tepi tingkap. senang nak berangan! muehehehe. first, aku dah pelik sebab anak kapai ni tak jual-jual makanan. even lampu pun tak buka lagi. means kapai masih tak stabil. tetiba jeee... jeng jeng jeng... kapal bergoyang/bergoncang yang superrrr. sampai kami penumpang melambung macam naik kereta. tapi ni kapai kot. ataih awan. and at the same time, nampak kilat kat hujung sayap kapai. Ya Allah tak terungkap perasaan masa tu. sungguh! kalau ajal aku sampai saat itu.. ya Allah.. :'( aku dengar mamat sebelah mengucap siap dah. kami berada dalam situasi camtu almost 20 minutes. aku rasa macam 20 jam! teringat pulak kat si MH370. Allah yang memiliki hati ini. Kau saja tahu apa didalamnya.
mujur lepas tu takde hujan dah. syukur Alhamdulillah mendarat dengan selamat. masih berpeluang lihat wajah bonda, ayahanda dan keluarga tercinta. masih diberi peluang untuk hidup. terima kasih Allah.
semalam tengok tv pasal MH370. tetiba mak berbisik lembut, 'mak tak boleh bayang kalau anak mak atau menantu mak yang dalam kapal tu. yela korang kan selalu naik kapal'. Allahu menitis air mata dalam hati sebab aku tak nak mak risau.
trauma itu tetap ada ibarat luka yang meninggalkan parut. namun hidup tetap perlu diteruskan. ajal maut tu di tangan Dia. kita sebagai manusia perlu ambil ibrah setiap apa yang berlaku. pasti ada hikmahnya. redha pada ketentuanNya. sekian. wassalam. ^_^
Subscribe to:
Comments (Atom)





















