Monday, 25 June 2012
Epilog Sebuah Drama
aku masih belajar memahami moral yg ingin disampaikan disebalik drama ini. drama apakah? citer kat tv3 pukul 3 petang yg dah beratus episod tu ke?? hahaha... salah sama sekali. drama ini adalah drama yg aku dan dia lakonkan. iyalah, kita kan berada atas pentas yg sama. tp aku bersama ceriteraku dan dia bersama telenovelanya. tp perjalann ceritanya masih jauh. baru di awalan episod kan. aku akan tetap mengikuti telenovelanya itu disamping meneruskan ceritera aku ni. *teruskan menonton! hee
wah!! dari jauh kulihat kehebatanmu beraski dipentas ini. namun berjayakah kau memikul tanggungjawab dlm drama ini? bukan aku cuba utk menduga takdir tp sekadar mengagak apa yg manusia selalu lakukan pabila rasa tanggungjawab tak hadir dlm kamar hati. sbb kdg2 kita xsedar yg kita bersuara dlm diam tp suara tu serak menandakan kita sedikit terpesong dlm melunaskan amanah dan tanggungjawab. jalan aku pun pernah diletakkan batu. tp Alhamdulilah walaupun aku tersadung tp aku belum lg terjatuh. apatah lg tersungkur. dan aku cuba amik batu tu sbg amanah dan tanggungjawab utk aku selesaikan. ^^
oleh itu, BERDOA lah. mohon supaya tarian Islam kita tak kaku mcm kayu dan lagu Iman kita tak sumbang mcm radio rosak sbb asik khayal dan leka berada di pentas yg penuh nikmat dan peluang yg diberikan. apatah lg kita yg sama2 berjiwa muda remaja gini. mcm2 nasfu bergelojak, membuak-buak, menjulang-julang kn?? haha. apa yg dimahunya cuma enjoy, enjoy, dan enjoy. sampai adakalanya lupa kpd Pencipta sendiri. Nauzubillah! semoga hati kita tak dipandu ke alamat LORONG BUSUK, JALAN NAFSU JAHAT, TAMAN KESESATAN, BANDAR KEHANCURAN, NEGERI KEALPAAN DARUL KEMUNGKARAN. teringat aku pd sepotong ayat Quran, "..sesungguhnya syaitan itu adakah musuh (batiniah) yang nyata bagi kamu." (36:60)
sungguh! doa itu bekal. doa itu senjata. sbb dia bole bg kekuatan kpd orang yg lemah, buat orang yg xpercaya jd percaya, bg kebaranian pd orang yg takut. knp perlu berdoa yaa?? sbb pentas kita ni tak selamanya indah mcm pentas kat PICC yg hang p amik anugerah gilang gemilang tu. ;DD mcm tu la jgk dgn drama kita ni. dimana kita xtau lg pahit/manis yg menanti utk kita lakonkan.
jgn la sombong utk berdoa! sedangkan Nabi dan para Rasul yg maksum pun bersengkang mata berdoa agar perjuangan dan hati mereka sentiasa dibawah kasih sayang dan rahmatNya. apatah lg kita manusia yg lemah lg hina ni. selalu saja perasan bagus! Allah pun da jelaskan dlm Hadis Kudsi :
"tapi ya Rabb, adakah yg lebih kuat dari semua itu (gunung, api, air, angin)?" Malaikat bertanya lg.
"Ada! iaitu nafas hambaKu yang berdoa kepadaKu. kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu." demikian Allah SWT menjelaskan.
teruskanlah berlakon dlm telenovelamu itu. aku doakan semoga ianya sebuah drama tak menjauhkan kau dariNya, mendekatkan lg kau kpdNya. dan aku juga masih dlm perjuanganku menanti skrip yg bakal diberikan. sedarlah, pentas ini sekadar persinggahan saja. oleh itu, hargailah apa yg ada dan diberikan. tak semua yg patah itu akan tumbuh sebijik mcm sebelumnya. dan tak semua yg hilang itu akan berganti yg serupa mcm sebelumnya.
p/s : walaupun orang tak nampak apa yg kita buat, tp Allah tahu apa yg kita lakonkan.

