Monday, 17 December 2012

si pencuri masa!


praise to the Lord the almighty. rasa macam lama sangat I'd been leave this blog. everytime nak share ada saja halangan. I take it as a hint from Allah supaya aku tak lalai dalam dunia alam maya ni. ahaks!

eh eh. ape cer ni tetibe kisah si pencopet waktu?? and again, thanks God sebab setakat ni takde la barang aku dicuri, tapi... yg sokmo hilang adalah masa. yup aku memang tak reti menjaganya dengan baik. but I wonder, aku yang tak tegas atau depa itu yang tak punya fikiran terhadap orang lain? Nauzubillah!

think positive please!
jangan salahkan orang lain. semua tu berpunca dari diri sendiri. selalu kita dengar ayat tu kan. yeah! so true, I admit it!
just what I wanted to the THEIF OF MY TIME, I'm begging you to tolerant and humane. I know,I'm not a person who is tooooo punctual BUT aku rasa masih boleh pikir lagi la perasaan orang walaupun aku ni HEARTLESS! hewhewhew ~~

ok my first final exam kat USM dah melambai lambai. eksaiteddd you! hgpa tak dak kenapa?? opkos la sebab ni first exam. awat aku macam jakun sangat kan? sebab tak dapat feel lagi meraikan perjuangan di medan baru. hahaha.. just a reminder to myself, apa aim aku dok mai penang jejauh ni.



hopefully simplified way by Allah. amin! to all my friends, lets struggle for the best. Allah tak tengok pun kau belajar mana, bidang apa. so tak payah bangga sangat boleh? Allah tengok usaha kita beb! (self reminder jugak).. ^^



# jangan curi masa orang, maka orang takkan curi masa kau! peace yaww! =)

Sunday, 2 December 2012

19 tahun 2 hari


selamat hari tua... whattt?? tua ke? baru 19 bro. belasan lagi mentah dalam arus dunia ni. haha

ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH... sangat bersyukur kerana masih diberi 2 nikmat iaitu iman dan islam. aku jugak berterima kasih kepada Dia sebab beri peluang aku bernafas hingga ke saat ini. dan paling penting masih dapat lihat wajah ibu yang melahirkan.. syukur ya Rabb ! =)



semoga semua yang memberi ucapan juga berada dalam limpahan rahmatNya. amin.



dapat hadiah istimewa terutama dari si dia, amat menggembirakan~ hahahaha.. iklan je tuh. xde apa2 pun. jangan salah paham ye nanti timbul fitnah pula.
ok memang kering idea nak menulis. lebih baik aku siapkan assingment pada saat insan lain masih lena dibuai mimpi.

thankssssss again ! love u olllsssssssss ~~

Thursday, 15 November 2012

salam 1434H


salam 1 Muharram sahabat2 sekalian. semoga kita masih dibawah lembayung kasih dan rahmat-Nya. aminn.. :)


(pic rembat dari tweet missdena. hee~)

bersama azam baru
ayuh kita bangkit
bukan saya seorang, bukan juga hanya kamu
tapi bersama-sama..
bukan hanya untuk hari ini
tapi selamanya.....

azam tahun ini :
1) . . .
2). . . . .
3) . . . .
ahh banyak sangat azam. dan ianya privacy. hee. just pray for the best. and hopefully dapat istiqamah. iAllah! untuk berubah atau mengubah mungkin mudah TAPI untuk istiqamah itu sangat menguji jalannya... Allahu Akbar!!!


# mesra bertaut kasih abadi ^_~

Sunday, 4 November 2012

percaya Dia..


salam kasih bertaut rindu bersulam sayang.. ewahhh! betapa lamaaanya aku tak update blog ni. (rindu yang meluap luap kononnya.heh.) seperti yg dijanjikan, aku nak story sikit pasal pimpin siswa. (sikit je!) apa yang best adalah makanan dia sedappp! haha. untuk selebihnya kalau nak tau boleh mintak saya videonya.. =))

minggu siswa lestari(orientasi je punn.. haha)--> kem pimpin siswa at D'Risa Impiana Campsite, Gerik, Perak --> open house saujana --> interaction day (kelas perbandingan agama)--> interaction day (biosociety)-->MPDS (majlis penghuni desasiswa saujana)--> mini tot saujana (baru je selesai diadakan pagi tadi) fuhh! fuhhh! penat la juga. namun, ini yang aku pilih. aku harus bangkit melaksanakannya! ^^



syukur sangat dalam baru dua bulan lebih ni, sangat banyak yang aku pelajari. sungguh! hanya perlu percayakan Allah. and because of that, miracle happen! (agak terkejut sebenarnya) bertambah tambah syukur..

A L H A M D U L L I A H

:)


Saturday, 15 September 2012

TAKDIR-NYA


setelah sekian lama terbiar.. paham2 je la orang baru masuk u kan. busy kalah PM. haha.
act, aku bersyukur sangat dapat sambung belajar. tak kira la kat mana pun. sebab yang penting usaha kita. Allah tak tanya pun kau belajar u mana? RU ke tak?

hanya Dia yang mengerti saat untuk mengorbankan title ' ENGINEER ' hari tu. well. as I said to ayah teh, ini semua dunia je. REALLY ! i'm not the person who study untuk bila keluar nanti ' oh anak man tu engineer ' , ' anak man tu doc ' . please paham. of course lahhhh semua orang nak yang terbaik dalam hidup dia BUT 'nama' tersebut bukan segala-galanya. (kalau nak juga boleh je aku sambung lepas habis master or PhD ni.tengok la keadaannya) ok enough! aku tak nak remind pasal tu lagi.

just look forward ! nampak apa ? ni dia. . . . .



ALHAMDULILLAH syukur dapat u ini. siapa tak bangga jadi APEXian. lol. aku sendiri nak termuntah muntah dah dengar perkataan tu. ni semua depa punya kerja la. hahaha :)) *dapat bawa mak jalan* ! hee~



hah amik kau! nak sangat saujana kan. tu la dia yang paling tinggi sekali bumbungnya. tingkat aku pun agak atas jugak la. dapat la udara segar pepagi compared to desa lain yang dalam kampus ( cg,ik,bp,ad, & fb). hee =)

cheers saujana memang terbaekkkk! (bodek sikit sbb nak tukar desa lain (fb or cg) coz xlarat panjat bukit naik tangga. harus makin besar la badan aku ni kan.
act, nak share about pimpin or PROGRAM PIMPIN SISWA. because USM is the only one universiti yang buat program ni. korang ada?? huh! huh! bangga sikit *kembang hidung* kahkahkah. joking okay! :) butttt not now lah! :p

peace! ^^

Salam aspirasi menjunjung Al-Quran dihati <3

Thursday, 9 August 2012

happy iftar =)


apa kaba semua?? semoga semuanya sihat belaka =))
setelah sekian lama (3 minggu je) aku tak meng'update' blog ni. ke mana menghilang?? tak hilang pun. cuma aku agak busy sikit lately ni.

bagi aku busy ni xsemestinya buat kerja je. aku lak busy untuk membuat keputusan lahh itu lahh ini lahh. namun begitu dapat juga aku luangkan masa berbuka kat luar. :)

BUT!
aku rasa as long as kita masih dalam bulan mulia ni tak salah untuk aku mengucapkan SELAMAT BERPUASA. haha.
manfaatkanlah peluang pada 10 malam terakhir ni. iAllah! :)


sape tu??
hah! tu la dia ustaz yang bagi ceramah sebelum azan maghrib. (walaupun few point dia xleh pakai) maaf ustaz. betul tetap betul. salah tetap salah.
japp japppp!!! kat mana ni?
korang rasa?? hee :D ni kat JGCC. apetu?? kalau xtau peegi la google sendiri ye!
jangan malas malas okehh! he


US! he
hey there was me in the picture. lets guess which one?? what! that one? haha.
hah yang tu la. the only one who wear scarf like a 'paddington bear'. kenapa paddington bear?? entah la. abang yang dok ejek2 aku that time.
layan je lahhhh ~
apa?!! xtau paddington bear? so why not you ask mr.google? lol.

sudah cukup cukup sudah ~~~
aku ni kalau dah start menaip payah nak stop. hee
semoga kita dapat menyelami sedalam-dalamnya tentang Ramadhan ini. iAllah!

p/s : thanksss to mr.fh*****man for the pic! ^_~

Thursday, 19 July 2012

alahai abang posmen!


haaaa..tengok tajuk entry tu jangan ingat aku dah terpikat kat abang posmen pula ye! he :DD nak tau ape kisah nya hari ni?? meh sini koi ngabo kei hei nye.. (bahasa kampung aku yang paling aku suka) almaklum cucu mat kilau katakan. haha. okay2 stop2!

camni.. tersebut la alkisah si comel kebingungan.. bingung kenapa?? sebab bila tanya aku nak apa, aku main-mainkan dia. act, aku bukan nak hadiah betul2 pun. saja aku nak nyakat dia. syok gitu! haha..

tiba-tiba,sedang aku menjemur kain dalam hujan yg xberapa nak lebat sangat (renyai-renyai lah senang cakap) datanglah sebuah van pos laju dipandu oleh encik posmen..

"eh? cari sapa pulak ni? sesat ke apa? tapiii mcm betul apa yg aku mintak kat dia adalah abang posmen kacak." bicaraku dalam hati. rupanya betul posmen tu cari aku lahhh! excited gila babeng aku!!!! rasa nak lompat2 depan van pos laju tu tau. haha. (memang gila kalau aku lompat betul-betul)

dah dah, meh tengok apa aku dapat......... jeng.. jeng.. jeng.. (terlalu excited sampai aku tak baca pun nama pemberi kat sampul surat tu.maap yaa!)


tudiaaaaaaaaaaa.. merah you! hot gitu! haha. nampak macam buruk kan kotak ni. xpe yang penting isi dalam molek. macam diri kita, biar low profile dimata orang tapi dalam hati Allah je tahu mantapnya tahap mana. DON'T JUDGE THE BOOK BY ITS COVER. okeh meh tengok dalam dia..


chicken soup? wow sedapnya! dah la hujan ni. bestnya dapat buku. lagi-lagi buku ni banyak kata-kata perumpamaan & peribahasa. suka gila! thanks yaaaa!! =))


hah amekaw! pashmina dia bagi you! biru pulak tu. kenapa dia kata pashmina tu macam untuk orang tua? aku rasa cantik je. (jeles sebab dia suruh bagi kat mak walaupun mak xreti pakai) xpe mak wakafkan kepada aku gak nty. ngeh3 :p okay next!


korang rasa apa tu? Qur'an? buku motivasi? album gambar? ohh salah semuanya.. itu adalah buku kosong jerr.. supaya dalamnya boleh dicatatkan sesuatu yang bermanfaat. insyaAllah! aku suka cover dia. cantik kan?? hard cover you! haha..


dan ini, parker you! haha. kenapa bagi ni?? ada 2 sebab. sebab pertama pasal kat kedai makan masa aku lunch dengan orang yang bagi ni. pasal apa? (biarlah rahsia...) second reason is dia cakap biasanya orang nak masuk U ni diberi pen ibarat pendorong gitu. xpe saya suka. jangan risau yaa! =))

act, ada lagi satu which is a sheet of a4 paper. rasanya xperlu kot disharekan disini. cukup sekadar aku je gelak bagai nak gila membacanya. kang terasa pulak si pemberi. dia bukan write any jokes or draw a cartoon or anything. biasa-biasa je tapi menarik. :')) trimass for all this things even the 'abang posmen' is not kacak langsung. hahahaa :p


p/s : sekiranya bertemu kebaikan, terima sahaja, pasti ada balasan baik -Ralph Waldo Emerson

Monday, 9 July 2012

my whishes :)


ok first of all i want to :

kenapa?
sebab Allah beri rezeki dan peluang. Alhamdulilah! =)
walaupun niat sebenar aku dengan apa doa yang dibacakan masa kenduri lepas agak lari sikit sebenarnya..
xpe. syukur sangat bahawasanya mak dan abah telah tunaikan one of my whishes.
thanks a million to :



terharu aku bila doa itu diaminkan lebih dari 40 orang (ramai jugak jemputan mak aku ni.. hihi)
Alhamdulilah semuanya berjalan lancar! :)
dan sekarang tiba masanya untuk hidup dalam perasaan gentar, cuak, risau, dan macam-macam lagi..
kenapa??
sebab result upu akan keluar this week! yeahhhhhhh
so
tinggalkan benda yang melalaikan ini (leave this laptop and pray to Allah)

'kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu'
insyaAllah~

Monday, 25 June 2012

Epilog Sebuah Drama


aku masih belajar memahami moral yg ingin disampaikan disebalik drama ini. drama apakah? citer kat tv3 pukul 3 petang yg dah beratus episod tu ke?? hahaha... salah sama sekali. drama ini adalah drama yg aku dan dia lakonkan. iyalah, kita kan berada atas pentas yg sama. tp aku bersama ceriteraku dan dia bersama telenovelanya. tp perjalann ceritanya masih jauh. baru di awalan episod kan. aku akan tetap mengikuti telenovelanya itu disamping meneruskan ceritera aku ni. *teruskan menonton! hee

wah!! dari jauh kulihat kehebatanmu beraski dipentas ini. namun berjayakah kau memikul tanggungjawab dlm drama ini? bukan aku cuba utk menduga takdir tp sekadar mengagak apa yg manusia selalu lakukan pabila rasa tanggungjawab tak hadir dlm kamar hati. sbb kdg2 kita xsedar yg kita bersuara dlm diam tp suara tu serak menandakan kita sedikit terpesong dlm melunaskan amanah dan tanggungjawab. jalan aku pun pernah diletakkan batu. tp Alhamdulilah walaupun aku tersadung tp aku belum lg terjatuh. apatah lg tersungkur. dan aku cuba amik batu tu sbg amanah dan tanggungjawab utk aku selesaikan. ^^

oleh itu, BERDOA lah. mohon supaya tarian Islam kita tak kaku mcm kayu dan lagu Iman kita tak sumbang mcm radio rosak sbb asik khayal dan leka berada di pentas yg penuh nikmat dan peluang yg diberikan. apatah lg kita yg sama2 berjiwa muda remaja gini. mcm2 nasfu bergelojak, membuak-buak, menjulang-julang kn?? haha. apa yg dimahunya cuma enjoy, enjoy, dan enjoy. sampai adakalanya lupa kpd Pencipta sendiri. Nauzubillah! semoga hati kita tak dipandu ke alamat LORONG BUSUK, JALAN NAFSU JAHAT, TAMAN KESESATAN, BANDAR KEHANCURAN, NEGERI KEALPAAN DARUL KEMUNGKARAN. teringat aku pd sepotong ayat Quran, "..sesungguhnya syaitan itu adakah musuh (batiniah) yang nyata bagi kamu." (36:60)

sungguh! doa itu bekal. doa itu senjata. sbb dia bole bg kekuatan kpd orang yg lemah, buat orang yg xpercaya jd percaya, bg kebaranian pd orang yg takut. knp perlu berdoa yaa?? sbb pentas kita ni tak selamanya indah mcm pentas kat PICC yg hang p amik anugerah gilang gemilang tu. ;DD mcm tu la jgk dgn drama kita ni. dimana kita xtau lg pahit/manis yg menanti utk kita lakonkan.

jgn la sombong utk berdoa! sedangkan Nabi dan para Rasul yg maksum pun bersengkang mata berdoa agar perjuangan dan hati mereka sentiasa dibawah kasih sayang dan rahmatNya. apatah lg kita manusia yg lemah lg hina ni. selalu saja perasan bagus! Allah pun da jelaskan dlm Hadis Kudsi :

"tapi ya Rabb, adakah yg lebih kuat dari semua itu (gunung, api, air, angin)?" Malaikat bertanya lg.

"Ada! iaitu nafas hambaKu yang berdoa kepadaKu. kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu." demikian Allah SWT menjelaskan.


teruskanlah berlakon dlm telenovelamu itu. aku doakan semoga ianya sebuah drama tak menjauhkan kau dariNya, mendekatkan lg kau kpdNya. dan aku juga masih dlm perjuanganku menanti skrip yg bakal diberikan. sedarlah, pentas ini sekadar persinggahan saja. oleh itu, hargailah apa yg ada dan diberikan. tak semua yg patah itu akan tumbuh sebijik mcm sebelumnya. dan tak semua yg hilang itu akan berganti yg serupa mcm sebelumnya.


p/s : walaupun orang tak nampak apa yg kita buat, tp Allah tahu apa yg kita lakonkan.

Saturday, 23 June 2012

! aku mesti kuat


yup! aku mesti kuat!!!! kuat ape?? kuat tdo kah?? salah sama sekali! kuat makan?? HARUS! sebab badan aku dah semakin susut.. aneh kalau berat bertambah bila sakit. bila tgk balik kat cermin, agak sedih la jugak. aku yg kecik dan semakin mengecik ni. padahal duduk rumah je.. apa bole buat?? memang selera aku mati. kenapa sampai jd cmni?? sebab batuk dah lebih 3 minggu tak baik2.. (alasan terbaik kn) he =)



indah kan kalau saat ini aku bahagia mcm dlm gambar tu.ape je la yg aku merepek ni. 'byk sgt madah kiasan, tak paham la'. kalau aku straigh to the point lg sakit nak dengar aytnye. haha :DD back to the topic! kenapa aku mesti kuat?? ni sebab nya :

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang dibuatnya. (Mereka berdoa), "Ya Tuhan kami janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir." (2:286)

Subhanallah! speechless aku jadinye. memang ujian dan dugaan itu lumrah kehidupan. normal la, cuaca tak selamanya cerah dan mendamaikan.sebab tu la kita dikurniakan akal fikiran supaya dapat menilai tiap sesuatu.

setiap manusia ada pasang surut nya sendiri. tp bukan itu persoalannya. yg menjadi pokoknya adalah bagaimana kita menghadap muka yang mulia tan sri dato' UJIAN bin DUGAAN. walaupun aku diam tak bererti aku mengalah mahupun menyerah kalah. untuk menjadi seorang yg kuat aku mesti teruskan perjuangan! yeahh!! weeee... =p


# semalam berkobar-kobar bagai nak gila, hari ni down bagai kne tanam 7 petala bumi. wakakaka ^^

Friday, 15 June 2012

kasih sayang

semoga muslimin dan muslimat sentiasa berada dlm redhaNya. amin!

rasa dah lama tak jenguk tapak projek bingkisan hati ni. ya Allah bukan aku tak rindu. tp aku tak punya kekuatan utk meluahkannya. hanya Dia saja yg tahu segala isi bumi ini. Kau berilah kekuatan kdp hambaMu yg lemah lg hina ini. amin! ^^

kasih sayang?? mmg fitrah manusia ini berkasih sayang. apatah lg sbg medium mengeratkn ukhwah. UKHWAH FILLAH! kasih abah tak terhingga, kasih mak sampai ke syurga. ><

seperti kata mak pada along semalam,,
kak, kalau pokok tu boleh bercakap dia akn kata kat mak 'makcik, sye nak air boleh tak? sye ni haus sgt'

dan hari ni turn aku pulak kena,
dik, kalau baju tu boleh bercakap dia akan kata ' shahira othman, angkatlah sye. sye dah tak tahan ditayangkan kpd sang mentari '

tacing gila beb ayat mak! tp aku cover baekk punya. ape lg?? gelak je lahhh.. ahhahahahaha.. =)) mak igtkan aku supaya punya perasaan dan kasih syg kpd mereka walaupun depa bukan benda hidup. lg best! cuba bayangkan kalau kita sbg manusia ni berada ditempat mereka. Subhanallah! xsanggup aku. lg2 srkg ni musim panas. terima kasih mak! <3

ironinya, kasihilah mereka walaupun mereka tak punya mulut untuk meminta sesuatu. HARGAILAH mereka! mereka yg melengkapi kehidupan sekeliling kita. jgnlah kita marah apatah lg sia-sia kan mereka.

'seperti rumput yg hidupnya menghiasi tp dipijak-pijak. juga seperti tunggul kayu yg tak mengganggu sesiapa dan sabar dgn cuaca kehidupan. mereka berpanas. mereka berhujan. tp igt! kesabaran dan ketahanan mereka itu juga akan membara jika diletakkan api.'


p/s : mr.disaster- jauh lagi perjalanan hidup kita ^_~

Wednesday, 6 June 2012

posto! posto!


selamat bertemu lg utk kedua kalinya =) seronok je kn bunyi nya.. ye mmg seronok sbb ada sesuatu yg membuat aku tersenyum tiba tiba.. dlm hati Tuhan saja yg tahu rasanya.. Subhanallah! aku sentiasa ingat kan diri aku supaya menerima nasihat orang walau dalam apa keadaan sekalipun. aku pun manusia biasa tak terlepas dari menasihati orang lain kn. :) pokoknya, kita tak dapat ubah orang melainkan orang tu ubah diri dia sendiri..betul kn?? i think its enough for the introduction..heeee :DD

WOW! dpt surat la seyyyy!! bukan senang aku nk dpt surat nie.. haha.. dolu2 salu la men balas2 surat.. cinta monyet katekan.. hak3.. sekarang da BESAR da matang xmen surat lg.. fb tweet skype je..da maju kn.. =))
dah2 meh tgk surat dari siapa. jeng-jeng-jeng- hahahaaaa.........

PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL(PEMBINA)
cawangan perlis

GILA ke ape?? aku yg dok jb nie boleh terbang nama ke utara sne.. sumpah pelik.. setahu aku aritu g kem pembina pun kat selangor je.. heh apakah yg Tuhan nak tunjukkan sebenarnya nie?? masih xpaham.. loading...........then lepas tergelak-gelak plus mak buat muka pelik tgk surat tu 0_0 hahahahaaa..


terima kasih Tuhan kerana membuat aku tersenyum! ^^

Monday, 4 June 2012

testing.. testing..

kawan2 sahabat2 sayang2ku sekalian
@_@

saya gadis baru belajar
walaupun takguna tenaga pengajar
harap tak keluar ayat kurang ajar

berpantun la pulak kn..^^

aku sendiri masih tertanya tanya knp aku buat blog nih. adakah sbb aku bosan sgt duduk rumah?? sbb aku suka menghabiskan masa dgn mende nih?? yg xde untung bagi aku.. mungkin la kn.. aku just nk luahkan apa yg aku rasa dan mungkin dpt share sesuatu yg berguna.. insyaAllah.. amin! =) ye mmg setiap org perlukn sahabat.. aku pun samalah jgk. SAHABAT ok! bukan boyfriend. haha. memey la susah hidup kalau xde sahabat. tp ada masanya sahabat tu xdpt faham kite. yup because every person was different. then that's why i need this.


aku harap mende nih dpt membantu aku. bantu ape sehh?? blog yg tidak bernyawa spt manusia dan xpaham apa2. semoga dpt bantu menceriakn hidup aku dan menghilangkan tekanan yg ada. haha.. ayt xley bla je kn.. =DD sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yg aku perlu bukan apa yg aku mahu.. insyaAllah.. :))

kata nasihat dijadikan amalan..
insyaAllah syukran! ;))


p/s : adakah perlu 'simpan sampai lebam' ?? =.=