Saturday, 14 June 2014
bagaimana pula aku?
Bismillah.
Alhamdulillah. petang ni terpanggil untuk update entri baru. before that, hari ni hari ke 16 aku berpantang daripada tweet di twitter. syukur masih mampu bertahan. tak sangka jugak sebenarnya. "kalau tak tahan sangat, peberet or retweet je". Alhamdulillah 16 hari berjaya. :)
oh sebelum itu, sekarang tengah musim peperiksaan. 4 sem sudah. 3 paper sudah. another 3. moga Allah permudahkan urusan.
sedang gigih study, *scroll temlen pesbuk* aku nampak status tentang seorang wanita yang baru meninggal. the point is, this is her second last tweet, one day before dia menemui Ilahi.
ALLAHU AKBAR! can u imagine? mesej yang disampaikan sebelum dia meninggal.
dan aku,
apa yang sudah aku tweet?
apa yang sudah aku retweet?
apa yang sudah aku peberet?
di facebook pulak,
apa yang dah aku share?
apa yang dah aku like?
apa yang dah aku komen?
dan segalanya lah dalam hidup ni,
kalau jakgi ke esok ke bila-bila ke nafas kita berakhir, apakah yang kita tinggalkan? apakah yang akan kita bawa menghadap Ilahi? *lelaju scroll balik, delete apa yang tak patut*
Istighfar! Allah beri dah peluang tu, janganlah enjoy sangat. jalan taubat sentiasa terbuka. nak or tak nak je kan? Allah tu sentiasa ada dengan kita. tapi kita ni yang selalu sombong.
bak kata Shaykh Riad Quarzazi dalam talk beliau semalam yang bertajuk
" FOREVER : A JOURNEY THROUGH HEAVEN AND HELL",
jangan perkecilkan walau sekecil Subhanallah,
jangan perkecilkan walau sekecil Allahu Akbar,
jangan perkecilkan walau sekecil senyuman,
kerana mungkin perkara yang kita buat tu lebih satu jeee dari orang lain, akan buat kita lebih tinggi dari yang lain di syurga Jannah nanti. insyaAllah.
ayuh sama-sama kita gerak di atas jalanNya, cuba walau sikit ya!
sebab Allah sentiasa tahu apa kita usahakan.
biar hina di dunia, semoga tak hina di pandangan Allah.
kerana
kejayaan terindah mardhatillah!
Subscribe to:
Comments (Atom)


